Saturday, 3 May 2014

tersalah profession

Assalamualaikum. Jumpa lagi petang ni. Diluar kedengaran dentingan atap zink ditimpa air hujan. Guruh juga berselang seli berdentum dengan bunyi rak rak rummm nya. Ah macam lirik lagu kanak-kanak pula ayat saya tu kan.

Baru je mintak izin daripada si pemanggil untuk mematikan talian di telefon bimbit. Bahaya kan. Memandangkan guruh kilat sabung menyabung. Sangat tak elok untuk saya menggunakan telefon ketika waktu-waktu begini.

Ye. Tadi ada seorang kenalan yang call untuk meluahkan masalah dan minta pendapat. Mungkin jenis saya yang suka dan setia mendengar maka saya dijadikan oleh ramai orang sebagai tempat untuk mengadu dan bercerita. Meminta tolong satu dua perkara. Memerlukan sokongan dan sebagainya.

Tak apa. Saya suka. Saya tak kisah dicari ketika mereka susah.
Tak kisah juga dijadikan tempat melontar rasa. Sampaikan saya pernah diberitahu oleh seorang pakcik, "Kamu dah tersalah pilih profession. Sepatutnya kamu jadi kaunselor. Atau doktor cinta"




Ketawa sambil tutup mulut dibuatnya bila pakcik tu cakap macam tu. Ye juga kan? Kenapa saya tak apply je job sebagai kaunselor atau doktor cinta tu. Pasti 'lemayan' salarynya. Hahaha.

Ah. Kesitu pulak.  Honestly, saya suka kerja saya sekarang. Dalam bidang sosial. Agaknya sebab itu juga lah saya banyak terlibat mendengar masalah... keluhan.. luahan daripada orang-orang. Bila berhadapan dengan public, ada ada saje cerita yang ingin disampaikan. Mungkin juga saya ni jenis pendiam. Mudah untuk orang bercerita. Sekurang-kurangya tidaklah saya cuba nak mencelah dan interrupt kata-kata mereka. Kan? Agaknyalah.

- - -

Selalunya berkisarkan tentang masalah cinta lah. Apa lagi. Masalah sejagat. Masalah universal. Ini membuatkan saya menyerap pelbagai pengalaman mereka tentang cinta. Cinta terhalang. Cinta sesama jenis (nauzubillah). Cintakan duit. Eh Macam-macam. Alhamdulillah. Walaupun diri sendiri punya pengalaman tentang cinta pun ciput saje... tapi bila terlibat secara tidak langsung dengan pengalaman mereka, saya banyak belajar. Dapat belajar banyak dari pengalaman mereka. Kadang-kadang solution yang saya beri pada mereka yang meminta pun banyak diambil dari pengalaman orang lain juga. Dari satu orang ke satu orang yang berbeza. Tengok kepada keadaan. Hehehe.

Tak kurang juga dengan masalah keluarga. Masalah kesihatan.. masalah tak tahu nak share kegembiraan dengan siapa pun ada juga. Jadilah saya tempat mereka meluah rasa gembira. Siap dibelanja makan tu yang paling best ye. Hihi.

Selalunya yang tak tahu nak share rasa happiness mereka dengan siapa ni kebanyakan mereka yang lonely, loner, lone ranger. Alone. Macam lagu Mr Lonely.

"Lonely. Im Mr Lonely. I have nobody .........   "

- - -

Selagi dikurniakan pendengaran yang baik. Rasa setia untuk mendengar. Sedikit pendapat dan nasihat yang membina. Selagi itu jugalah saya akan sentiasa menerima baik kehadiran mereka-mereka ini. Mudah-mudahan akan ada warna keceriaan yang akan saya sebarkan kepada mereka. Akan ada secebis kebaikan yang saya buat ketika saya hidup ini. In sya Allah.

Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan. Aamiin.

No comments:

Post a Comment