Thursday, 8 May 2014

Tips Pari Pari #1

Assalamualaikum, sihat ke? Semalam takde apa-apa post dari saya pun kan. So hari ini saya nak post something.

Saya nak berkongsi tips pengurusan diri bila kita semua dah terlajak tidur. Terlambat bangun. Jam tak berbunyi (atau sebenarnya kita yang tidur mati) tapi masih mahu lekas-lekas ke kelas/tempat kerja.


Adat lah kadangkala, mesti akan ada fasa-fasa tubuh kita kepenatan melampau. Lepas tu mula la tidur berdengkur, siap tidur mati . Roh dah tak ingat nak balik ke jasad dah, kan? Terlajak tidur.Terus terlambat nak pergi kelas/kerja. Tapi still nak maintain pergi kelas/kerja dengan muka bersih,suci, wangi. acane? Eergh, apa nak buat?


Jangan panik.



1.  Bangun terus urut muka dari dagu ke arah atas (sampai dahi)  tiga kali (yang ini untuk bagi darah di muka kita beredar dengan elok) Buat cepat-cepat tapi dengan lembut ye.

2. Tengok jam, pukul berapa. Kalau sempat solat subuh solat dulu atau kalau dah terlepas solat Subuh, sila siap-siapkan diri untuk qado solat subuh .  Gosok gigi ala kadar tapi cermat, kumur, dan berwuduk. Minum segelas air kosong sebelum gosok gigi tu. Nak senang, sediakan sebotol air mineral di sebelah katil kita. Ini adalah tips untuk membersihkan perut kita. Perut kan tempat yang dikenali sebagai punca datangnya segala penyakit. Bila perut bersih, barulah terhindar dari penyakit, kan? Oh ye masa solat subuh/qada solat Subuh, baca surah pendek untuk cut masa atau orang kata pandai-pandailah kita jaga bacaan yang wajib dalam solat dengan laju tapi masih betul sebutanyya . Untuk yang bukan beragama Islam, sila regang-regangkan badan dengan senaman ringkas. Lepas tu capailah towel.

3. Mandi. Ye, anda perlu mandi. Tapi jangan lama sangat. Simbah air ke badan tiga kali atau nak lagi cepat pakai shower. Gosok celahan-celahan ketiak, leher dan part sulit semua tiga kali je sambil simbah-simbah or duduk bawah pancuran tu. Then ambil sabun, letak pada tiga tempat je, iaitu leher, ketiak dan celahan sulit. Gosok sikit-sikit je. Lepas tu simbah balik tiga kali juga sampai kesan sabun hilang. Lap badan. Cuci muka dengan sabun ke apa ke semua tu tak perlu.  Pagi-pagi, tak payah cuci muka dengan pencuci muka.  Satu, sebab nama pun nak save masa, so tak payahalah cuci beriya-iya sangat. Sebab yang paling utama pulak, pagi-pagi muka kita akan keluarkan minyak, minyak tu lah yang akan buat muka kita dalam keadaan lembab sebenarnya. Jadi tak payah cuci muka dengan facial cleanser, cukup dengan basuh muka dengan air biasa untuk memelihara kelembapan dan kesegaran muka kita ni. Lagi pun wuduk yang kita ambil tu sebenarnya dah pun mencuci muka kita dari noda-noda. Untung lah orang yang sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk, kan? Kalau nak cuci muka dengan facial cleanser, tunggu balik dari kelas/kerja tu ye.

3. Sebelum sarung baju, letak deodoran kat ketiak. Lagi satu tips long term, sila iron baju semua tudung ke apa tu semua seminggu sekali gus untuk memudahkan kita supaya tak kelam kabut just in case terbangun lambat..Juga dapat menjimatkan elektrik di rumah. Bukan apa, sebab ada juga kawan-kawan saya yang spesies iron baju pagi-pagi sebelum nak pergi kelas/kerja. Banyak curi masa wei kat situ.

4. Pakai baju macam biasa. Okies yang ni tips untuk perempuan Muslimah . Untuk laki takde masalah sebab diorang tak perlu mekap. Dan yang jenis free hair senang je. Sikat rambut je tak payah pakai tudung kan. Boleh cut masa lagi banyak. Okies, si perempuan, sila spare tudung instant warna hitam atau warna ikut kesesuaian baju supaya senang sarung je ke muka, tak payah nak belek-belek dah. Lepas pakai baju semua. Tepek lah krim UV dan terus pakai tudung tu ye. Pakai lip balm untuk elak bibr nampak pucat. Tak sempat dah nak mekap-mekap ni semua. Pakai je bedak senipis-nipis yang boleh. Kalau nak pakai lipstick ke apa tu semua tu tunggu dah sampai kelas/kerja nanti. Tu sebab saya prefer lipbalm je. Senang, tak payah tengok cermin dah boleh apply kat bibir. Takde lah comot kan? Yang penting muka nampak segar dan tak pucat je, kan! Kemudian, sembur/calit perfume di badan mu itu. Tanak pun takpe, sebab kita kan dah pakai deodorant tadi. So, yang penting badan tak busuk melainkan kita capai baju yang tak berbasuh or baju yang diperuk merata-rata atau kita ni jenis tak pakai deodorant sebab ada alahan dengan deodorant. Bonus untuk orang yang jenis keluar rumah memang tak pakai mekap. Lagi lah banyak masa boleh save kan. Untungnya lah kan?

5. Dah siap semua? Jangan lengah-lengah lagi. Terus pergi kelas/kerja.

Sesampainya anda di kelas/tempat kerja yang paling penting terus pergi jumpa pensyarah/ boss minta maaf dulu sebab dah terlambat. Diorang pun takkan nak marah tak tentu pasal sebab bukan nya kita ni selalu terlambat kan. Orang kata, once in a blue moon. Lainlah kita ni pemegang rekod paling kerap datang lambat ke kelas/tempat kerja. Yang itu memang masalah lah. Masak lah anda semua dikerjakan oleh mereka nanti. Kihkih.

Solat subuh/senaman ringkas  : 5minit
Mandi  : 3-5minit
Bersiap diri : 5-7minit.
Kat situ pukul rata pun kita bersiap 10-20 minit.

Jimat masa tak?

Tips ni boleh digunakan juga untuk mereka-mereka yang nak save masa bersiap walaupun tak terlambat bangun. Yang mengalami masalah nak pergi tempat kerja/kelas tu menghadap jem, atau perjalanan yang panjang tu, maaf, tak dapek eden nak nolong save masa anda tu. Huhuhu. Sekadar berkongsi tips je, sebab benda ni yang saya praktikkan bila saya menghadapai situasi terlambat bangun pagi.

Okies, sampai sini je tipsnya.

Semoga kita masih dapat mengurus penampilan diri dengan baik walau dalam apa jua keadaan sekali pun.





Tuesday, 6 May 2014

Kalau sayang, fight for it. Bukan lepaskan.

Assalamualaikum. Hai everyone. Sihat tak?.

Orang cakap, kalau kita sayang seseorang, maka lepaskanlah ia. Kalau dia kembali pada kita, maka dia akan jadi milik kita.

Jodoh? Entah.

Kalau saya pulak. Saya akan cakap. Kalau kita sayang. Kita kena usaha memilikinya. Bukan take for granted.

Saya harap awak faham. Kalau bukan sekarang pun, akan datang mesti awak faham kenapa saya buat keputusan macam ini. I want you to be happy. Saya taknak awak tunggu saya lama-lama. Setahun, dua tahun, maybe tujuh tahun. Saya nak happykan parents saya dulu. Baru saya akan fikir pasal orang lain. Orang lain as in bakal pengisi hati penyeri  hidup saya ni. - ex

Meleleh air mata saya hanya Allah sahaja yang tahu. Punyalah saya jaga diri ini masa saya bercinta dengan dia. Aduh poyo la pula bunyinya. Tapi betul. Sepanjang bercinta dengan dia. Jumpa beberapa kali. Jumpa kat tempat ramai orang. Tak pernah say 'i love you' sebab masing-masing janji, bila dah kahwin baru boleh cakap ' i love you'. Paling jiwang pun, 'i miss you'. Itu pun dah cukup buat rasa nak muntah bila kenang-kenang balik.

It takes four to five months juga lah untuk saya move on. Siapa tak kecewa? Siapa tak sedih? Eh siapa tak?

Dia seorang yang sangat bercita-cita tinggi. Dia dapat pursue study kat IPTA... while me? Me? Kurang mampu nak sambung study. Saya terus kerja lepas SPM. Ye. Lepas habis kelas komputer tu saya terus kerja sampai sekarang. Parents saya orang biasa. Memang parents pun dah surrender. Diorang tak mampu nak tanggung. Hanya yuran kelas komputer sajalah yang diorang mampu beri pada saya. Jadi memang saya tak apply mana-mana pun. Saya bertekad untuk terus bekerja. Sebab saya yakin. Bekerja tu pun satu proses pembelajaran. Universiti kehidupan.

Okies. Macam ni. Ceritanya yang membuatkan saya move on ialah... tentang restu. Tentang setia. Tentang sedar diri. Tentang agama.

1. Saya dapat tahu dia try approach another girl who is absolutely better than me lah. Perempuan tu belajar tapi bukan satu uni dengan dia. Budak bijak. Budak baik. Budak cantik. Budak satu kelas tuisyen dia kot. Macam tu lah. Tak ingat lah macam mana boleh kantoi benda ni. Rasanya sebab bestfriend dia terbocor cerita tu kat saya. Eh adik dia kot. Ke salah sorang daripada tu.Whos first yang terbuka cerita? Tak pasti. Hahaha. Sedih beb. Siapa tak?

2. Saya baru dapat tahu bahwasanya, mama dia yang request supaya dia tak bercinta dengan saya. Sebab? Sebab mama dia kesian pada saya. Kesian sebab taknak saya tunggu anak dia. Kesian sebab mama dia dapat tahu yang anak dia nak berbakti pada keluarga dulu. Pendek kata, pokok pangkal dari kesian lah. Mama dia tahu pasal hubungan kami melalui adik dia. Adik dia memang rapat dengan dia. Pasal kami ni, A- Z adik dia tahu. So one day masa saya datang rumah dia nak pulangkan sweater yang dia pinjamkan pada saya, adik dia cakap camni kat mama dia, "Itu la awek abang ma,! " -.-
Okies. Main point dia, hubungan kami tidak direstui loleh mama dia lahh. Bunyi macam kejam? Tak lah. Mama dia baik. Asal tak restu je kejam lah ek? NO! Mama dia sebnarnya nak anak dia tumpu study, dan tak suka anak dia tu buat anak dara orang lain-lain tergantung tanpa ikatan yang sah. Lagi pula, dia belajar kat sana . Saya pula kat sini. Macam-macam boleh jadi. So, mama dia tak mahu apa-apa yang tak best berlaku . Kes curang. Kes frust. Kes rindu-merindu. Jadi baik jangan ada apa-apa hubungan. Senang kan?

3. Dan saya SEDAR DIRI, saya takde hak ke atas diri dia tu.. Sebab dah tentu-tentu saya bukan isteri dia. Ada hak ke nak cemburu? Nak rindu dia? Nak sayang dia? Hak saya hanya jatuh cinta. Sebab itu fitrah. Saya sedar diri saya bukan siapa-siapa. He is seeking for better person to be his future wifey, precisely. ;(

4. Last but never the least. Sepanjang 'tempoh bertenang' tu. Bertenang yang tak berapa nak bertenang, macam-macam petunjuk yang Allah bagi pada sayasupaya saya move on. Buat apa nak kecewa pada benda yang bukan milik saya. Saya dibantai dan ditibai oleh satu persatu petunjuk sampai tersedar. Lepas tu pulak, entah macam mana Allah gerakkan hati kawan-kawan di fb yang rata-rata selalu post quote tentang cinta after nikah. Wanita solehah. dan sebagainya.

Jadi better person dulu kalau ye pun nak berangan dapat yang bagus-bagus. Rasa macam diri ni terlalu demand nak harap yang baik-baik je, tapi diri sendiri tak baik mana. Mula-mula tu memang kecewa, sebab hari-hari doa supaya Allah panjangkan jodoh saya dengan dia. Hari-hari setiap masa. Kenangan cinta pertama punya penangan lah katakan.! Tapi putus tengah jalan.  Akhirnya saya sedar, apa yang Allah beri tu lah yang terbaik. Allah beri yang kita perlukan. bukan yang kita mahukan. Bila saya solo kembali. saya rasa tenang. Maybe dah kurang atau tak buat dosa zina hati. Zina mata. Zina telinga. Bila sorang-sorang dan dah tak terikat dengan sesiapa, saya lebih kepada cuba untuk memperbaiki diri dan amalan. Ibu dan ayah pun banyak beri galakan dan sokongan. Selalu pesan. " jodoh tu ada, cuma tak tahu bila. Sabar la. Jangan asyik termenung. Ini bukan zaman bermenung." Ooh dah macam lirik lagu pula dah.

Alhamdulillah, saya takde rasa dendam pada dia. Buat apa nak dendam pada dia, sedangkan Allah yang lorongkan hati dia untuk buatbegitu. Buat begini. Putusss cintak! Saya doakan dia akan dapat yang terbaik. In sya Allah. For me , rite now apa yang lebih penting ialah ruang untuk memperbaiki dirii. Menjadikan saya lebih matang, Alhamdulillah. Jodoh memang perkara misteri. Dan dia tahu saya memang suka perkara-perkara yang misteri ni. Jadi, kena sabar lah. Kata minat benda mister kan? Jadi kena lah buktikan. Hahaha.


Bukan apa. Tiba-tiba teringat kat dia, sebab tertengok Instagram Fadlan Hazim. Ada mirip dia sikit-sikit. Lepas tu nampak satu picture yang Fadlan Hazim post,


dan dia pun pernah mention perkara yang sama. :)


Me? Wardina.. Memang tak lah kan? Jauh panggang dari api. No wonder lah, saya bukan pilihan dia.

Semoga satu hari nanti saya akan bertemu jodoh saya yang super duper misteri itu. Aamiin.

Monday, 5 May 2014

Mekar kembali!

Assalamualaikum, selamat hari Isnin. No monday blues okies. Rock on!

- - -

Ayien(bukan nama sebenar) dan saya sudah lapar waktu tu. Hari ni kami tak bawa bekal makanan pun! Yang paling kronik, perut saya sudah mula buat jamming session (berlaga dengan angin). Lagu apa lah agaknya ye? Lagu butterfingers barangkali. Kami selalunya makan sebelum atau selepas solat maghrib. Macam waktu berbuka tu. Lepas pukul 8 malam, kami dah tak ambil makan malam. Memang kami tak biasa supper. Dah terbiasa amal macam tu sejak saya ajar Ayien untuk diet sihat. Dia dah terikut-ikut dan terbiasa. Diet ikut sunnah Rasulullah. Hehe.

Kelas akan mula balik pada pukul 8.


Ya. Kami daftar kelas komputer lepas tamat je SPM.

Selesai solat maghrib kami terus masuk semula ke dalam kelas. Nak pergi makan, rasa macam jauh sangat dari tempat kami mendaftar kelas komputer tu. Takde transpot. 

Masa tu dalam kelas ada lebih kurang 15 orang. Ayien, saya dan seorang budak lelaki  bernama Mekar(juga bukan nama sebenar) je yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Saya tercium bau sedap masa buka pintu lab tu. Oh! Ada bungkusan kuetiau goreng atas meja kami berdua.

"Makan lah, sempat lagi ni.", kata Mekar pada kami.

Since then, boleh katakan hari-hari Mekar bungkuskan kami makanan. Terima kasih Mekar. Nak dipendekkan cerita, akhirnya Mekar couple dengan Ayien.

Ayien pernah cakap, "rupanya ada udang di sebalik tomyam. Dia bagi kita makanan, rupanya dia nak tackle saya. Haahhahahaha "

"Are you sure?"

"Entah saya agak je lah. Saya tak pernah tanya pun."

"Tapi Ayien, saya ada syak juga yang si Mekar tu suka pada awak lah. Saya yang duduk sebelah dia ni pun, dia buat tak tahu. Dia asyik pandang awak je."

"Kan? Haaa betullah apa orang  selalu kata. Ada udang di sebalik mee! Dia buat baik dengan kita sebab ade hidden agenda. Hidden agenda nak mengurat orang."

Ayien memang ramai peminat. . Ala mak dia kan ada darah Arab sikit, tak hairan lah kalau mak dia dapat anak cantik macam Ayien. Mata bundar. Mata hitam dia, hitam sehitam-hitamya. Mata putih dia, putih-seputihnya. Kening tebal tersusun rapi. Kulit putih. Seketul jerawat mahupun jeragat pun tak ada di muka. Flawless. Ayien peramah. Baik hati. Tapi nakal. Suka tukar-tukar pasangan. Eh maksud saya, ala macam orang-orang kita selalu amalkan. couple-putus-ganti-couple-putus-ganti

. . .

"Saya rasa Mekar ni spesies yang tak reti nak move on lah awak!!"

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Ye lah, masih nak harapkan pada kita ni. Kita kan dah dengan orang lain"

"Eh ye ke? Nape awak cakap macam tu?"

"Tengok ni. Masih bagi kita makanan. Kita dah pesan pada dia, tak payah dah bekalkan kita makanan. Pandai-pandai sendiri lah kita bawa atau pesan pada yang lain."


Couple tiga minggu je. Lepas tu putus dengan Mekar. Atas alasan Mekar kedekut. Tak pernah ajak dia keluar. Tak pernah nak call dia. Tak pernah nak sms atau apa-apa. Pendek kata tak buat macam couple lain. Pernah juga dia harapkan Mekar ambil dan hantar dia pulang. Tapi Mekar cakap, "kesian la pada Pari. Saya kan naik motor. kalau awak naik dengan saya, Pari nak naik apa? Pari kan selalu tumpang ayah awak?"


Ayien memang baik. Ye. Tapi nakal. Bagi dia, kalau couple mesti dating. Mesti selalu hangout bersama. Ye nakal. Aku define orang-orang macam Ayien ni sebagai 'nakal'. Ye Ayien memang baik. Memang saya pergi kelas komputer tu tumpang kereta ayah Ayien. Terima kasih pakcik. Jasa pakcik memang saya akan kenang sampai bila-bila.

. . .

"Awak masih tak dapat lupakan Ayien?" tanya saya pada Mekar.

Oh ya lupa nak cakap. Ayien tak tamatkan kelas komputer kami. Lagi sebulan je nak dapat sijil, Ayien terpaksa stop sebab dia sekeluarga pindah ke Johor. Ayah dia ditukarkan ke sana.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Ni awak masih belikan dia makanan." Sambil  pegang satu bekas yang masih berisi dengan makanan. Satu lagi? Dah licin saya makan. hehe!

"Oh yang tu. Tak! Saya dah terbiasa bungkus dua makanan. Satu untuk awak, satu untuk Ayien. Tadi terlajak cakap pada makcik tu nak dua bungkus. Takpe awak ambil lah dua-dua tu ye."

"Eh tak larat kut. Kenyang. Satu bungkus je sudah. Satu ni awak bawa la balik. Tak pun awak beri pada siapa-siapa."

Mekar angguk. Mekar memang tak banyak cakap sangat dengan saya, malah dengan Ayien juga. Walaupun sewaktu couple. Oh sahih la memang Mekar bukan taste Ayien. langusng tak. Patut la Ayien cari lain. Hehe.

Sejak takde Ayien, Ayah yang hantar dan ambil saya dari kelas. Hari tu ayah datang lewat sikit. Ada kenduri tahlil di surau katanya. Saya terpaksa tunggu lebih kurang 5 minit. Selalunya keluar je dari kelas, ayah dah tersedia menunggu. Masa nak balik, saya nampak ada orang tua duduk tepi tiang sambil pegang bekas makanan yang Mekar bekalkan untuk Ayien. Oh rupanya Mekar bagi bekalan tu pada pakcik tu.

- - -

Tadi dapat friend request di FB. Tak sangka sekian lama terputus hubungan Mekar masih ingat pada saya. Oh rupanya dia nak invite saya datang ke majlis perkahwinannya. Dia kata dia jumpa profile saya pun melalui friend list Ayien. Entah lah, saya pun jarang buka fb. Dah tak berapa ambil tahu pasal perkembangan orang lain termasuk Ayien. Ayien pun nampak busy je. Kami rapat time kelas komputer tu je. Lepas Ayien pindah Johor, kami dah tak rapat macam dulu. But still berhubung juga lah. Cuma dah kurang, tak macam dulu.  Ayien pun dah lain sekarang. Tumpu pada keluarga. Setakat tanya khabar biasa-biasa je. Lebih dari tu dah tak menang tangan untuk Ayien handle. Alhamdulillah Ayien dah tak macam dulu, sejak dia dah berkahwin memang dia kurang sangat online. Kurang la dia update pasal aktiviti sosial harian. Pergi sana pergi sini. Hangout dengan orang itu. Hangout dengan orang ni.

Sempat juga sembang sikit-sikit dengan Mekar tadi. Dia kata dia paling tak boleh lupa kenangan masa di kelas komputer dulu. Dia bagitahu, punca dia bungkuskan kami berdua makanan, sebab dia pernah terdengar, perut saya berbunyi-bunyi. Berkeriuk panjang. Ya Allah malunya saya. Dia kata dua kali dia dengar. Dia rasa kelakar dan kesian. Satu tu waktu first time dia dengar, keesokannya terus Mekar bungkuskan makanan sebab tahu kami tak keluar makan time rehat. Satu lagi pula, masa first day dia putus dengan Ayien. Dia kan selalu belikan kami makanan. Alih-alih Ayien suruh stop beli. Apa lagi menahan lapar lah saya waktu tu.

Entahlah, nak kata saya terlalu mengharap pada Ayien dan Mekar bab-bab makanan pun maybe betul juga. Ye lah saya pun dah terbiasa. Mekar akan bungkuskan kami makanan jadi memang saya tak prepare bekal dari rumah pun masa tu.



"Terima kasih ye Mekar sebab awak selalu belikan saya makanan. Ye lah kadang tu awak tak ambil pun duit. Rasa terhutang budi pulak sepanjang ambil kelas komputer tu hampir sebulan jugalah awak akan bungkuskan saya makanan. ye walaupun minggu terakhir tu Ayien dah takde lagi kat situ awak masih layan saya sama macam biasa  "

"Saya tak harap kan apa-apa pun. Saya rasa happy bila awak dan Ayien selesa untuk tumpu ketika belajar. Tak belajar dalam keadaan lapar. Saya minta maaf jika saya ada buat salah silap sepanjang pengajian kita di kelas tu, boleh?"

"Iye samala dengan saya pun. Sebelum ni kita tak pernah sembang macam ni kan? Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kat awak. Saya sangat hargai kebaikan yang awak buat pada saya dan Ayien. Tahniah ye, dah nak jadi suami orang ni. Jaga bakal isteri elok-elok ye. In sya Allah jika panjang umur saya datang kenduri awak nanti!"


- - -

Mekar juga mention yang dia rasa menyesal pernah couple sebelum nikah. Ayien memang first and last person yang pernah dia couple. Lepas daripada tu memang dia dah tak terjebak dengan any hubungan sebelum nikah.

Tak dinafikan Mekar memang nampak baik orangnya. Good looking. Soft spoken. Fast learner. Tak banyak bunyik. Kalau nak jadi playboy tu memang dah ngam sangatlah. Tapi tak! Dia ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan good looking guy yang pernah saya jumpa. Paling best dia ni sembang tak merapu. Tak sembang pun ke arah yang ,'xxx'.  Time dia couple dulu pun, macam rare jugalah. Tak macam couple lain. Tak dating, tak bergayut sakan di telefon. Ye lah sampai Ayien pun merungut pada saya. Hahaha. Susah nak cakap, mungkin awak semua boleh faham maksud saya, kan?

Dia juga pesan pada saya, kalau boleh janganlah terjebak dengan amalan couple ni semua. Unfortunately, dah terjebak dah pun, tapi tak lama. Dah realize yang hubungan tu semua tak bawa ke mana. Seems like, Mekar dan saya masing-masing dalam boat yang sama. Kami masing-masing kesal dan dah taubat dari mengamalkan couple sebelum nikah ni. In sya Allah. Alhamdulillah.

Semoga istiqamah!

Sunday, 4 May 2014

kecelaruan maklumat zaman siber

Belajarlah untuk berkata ‘tidak tahu’ pada perkara yang kita benar-benar tidak tahu. Pada perkara yang tidak tahu, jika kita menjawab seakan-akan kita tahu, ia hanya mengundang kedustaan dan kecelakaan terhadap ummat ini. Tidak hina mengaku tidak tahu, yang lebih hina adalah bila kita merosakkan kefahaman orang lain terhadap Islam melalui jawapan kita yang bukan-bukan. -afdholul rahman, Langit Ilahi.com

Assalamualaikum.
Ini adalah peringatan untuk saya dan untuk awak semua yang sudi baca blog saya ini.

Begini, untuk meyampaikan sesuatu lagi-lagi yang berkaitan dengan agama eloklah kita kaji dulu kesahihannya kan. Jangan lah semata-mata menggunakan perisai 'sampaikanlah dariku walau satu ayat' tu membuatkan kita berlumba-lumba nak share benda atau ilmu berkaitan dengan agama sedangkan kita tidak arif dan hampir tidak pasti tentangnya. Jangan juga salah guna ayat, ' lihat apa yang disampaikannyaa, bukan siapa yang menyampaikannya' kita sewenang-wenangnya menjadi defensif terhadap sikap dan akhlak kita yang sebenar tetapi rajin untuk menyampaikan sesuatu ilmu atau apa apa sahaja.

Lagi molek kalau apa yang kita sampaikan selari dengan apa yang kita buat.
Lagi molek kalau menyampaikan sesuatu itu dengan berakhlak rather than berkasar dan membuat orang-orang terasa dengan kata-kata kita.
Lagi molek jika kita malu mengaku tidak tahu dari malu bila Allah timpakan balasan bila kita dah seleweng atau salah menyampaikan sesuatu ilmu atau maklumat. Kan?


Semoga kita sentiasa dikurniakan rasa rendah diri dan berpada- pada dalam  berlapang dada ketika menjalani zaman siber ini.


 

Saturday, 3 May 2014

tersalah profession

Assalamualaikum. Jumpa lagi petang ni. Diluar kedengaran dentingan atap zink ditimpa air hujan. Guruh juga berselang seli berdentum dengan bunyi rak rak rummm nya. Ah macam lirik lagu kanak-kanak pula ayat saya tu kan.

Baru je mintak izin daripada si pemanggil untuk mematikan talian di telefon bimbit. Bahaya kan. Memandangkan guruh kilat sabung menyabung. Sangat tak elok untuk saya menggunakan telefon ketika waktu-waktu begini.

Ye. Tadi ada seorang kenalan yang call untuk meluahkan masalah dan minta pendapat. Mungkin jenis saya yang suka dan setia mendengar maka saya dijadikan oleh ramai orang sebagai tempat untuk mengadu dan bercerita. Meminta tolong satu dua perkara. Memerlukan sokongan dan sebagainya.

Tak apa. Saya suka. Saya tak kisah dicari ketika mereka susah.
Tak kisah juga dijadikan tempat melontar rasa. Sampaikan saya pernah diberitahu oleh seorang pakcik, "Kamu dah tersalah pilih profession. Sepatutnya kamu jadi kaunselor. Atau doktor cinta"




Ketawa sambil tutup mulut dibuatnya bila pakcik tu cakap macam tu. Ye juga kan? Kenapa saya tak apply je job sebagai kaunselor atau doktor cinta tu. Pasti 'lemayan' salarynya. Hahaha.

Ah. Kesitu pulak.  Honestly, saya suka kerja saya sekarang. Dalam bidang sosial. Agaknya sebab itu juga lah saya banyak terlibat mendengar masalah... keluhan.. luahan daripada orang-orang. Bila berhadapan dengan public, ada ada saje cerita yang ingin disampaikan. Mungkin juga saya ni jenis pendiam. Mudah untuk orang bercerita. Sekurang-kurangya tidaklah saya cuba nak mencelah dan interrupt kata-kata mereka. Kan? Agaknyalah.

- - -

Selalunya berkisarkan tentang masalah cinta lah. Apa lagi. Masalah sejagat. Masalah universal. Ini membuatkan saya menyerap pelbagai pengalaman mereka tentang cinta. Cinta terhalang. Cinta sesama jenis (nauzubillah). Cintakan duit. Eh Macam-macam. Alhamdulillah. Walaupun diri sendiri punya pengalaman tentang cinta pun ciput saje... tapi bila terlibat secara tidak langsung dengan pengalaman mereka, saya banyak belajar. Dapat belajar banyak dari pengalaman mereka. Kadang-kadang solution yang saya beri pada mereka yang meminta pun banyak diambil dari pengalaman orang lain juga. Dari satu orang ke satu orang yang berbeza. Tengok kepada keadaan. Hehehe.

Tak kurang juga dengan masalah keluarga. Masalah kesihatan.. masalah tak tahu nak share kegembiraan dengan siapa pun ada juga. Jadilah saya tempat mereka meluah rasa gembira. Siap dibelanja makan tu yang paling best ye. Hihi.

Selalunya yang tak tahu nak share rasa happiness mereka dengan siapa ni kebanyakan mereka yang lonely, loner, lone ranger. Alone. Macam lagu Mr Lonely.

"Lonely. Im Mr Lonely. I have nobody .........   "

- - -

Selagi dikurniakan pendengaran yang baik. Rasa setia untuk mendengar. Sedikit pendapat dan nasihat yang membina. Selagi itu jugalah saya akan sentiasa menerima baik kehadiran mereka-mereka ini. Mudah-mudahan akan ada warna keceriaan yang akan saya sebarkan kepada mereka. Akan ada secebis kebaikan yang saya buat ketika saya hidup ini. In sya Allah.

Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan. Aamiin.

Friday, 2 May 2014

Typo yang kejam

Assalamualaikum. Hai jumpa lagi. Semalam kawan saya tanya. "Awak dah ada blog kan? Bagi la url kiter nak baca..." Saya pun jawab. www.kisahparipari.blogspot.com Berjam-jam jugaklah kawan saya tu cari blog kiter ni. Tak jumpa gak. Jadi, sebagai salah seorang yang otai dalam bidang perbloggan ni maka kawan saya suggestkan kepada saya supaya saya check balik setting blog. Kut-kut saya salah setting atau apa-apa. Dia suruh saya check sekali bahagian yang menetapkan alamat blog saya tu. Okay saya pun check satu persatu. Patutlah kawan saya tu tak jumpa blog saya. Rupanya saya dah salah taip alamat url saya dekat setting tu.

Nak tahu tak apa saya tulis kat situ. Its, 'kiahparipari'. Bukan 'kisahparipari'. Adoi malunya kena gelak dengan kawan. "Sejak bila awak tukar nama awak jadi Kiah ni, Pari!!!!?" Huhuhu. Itulah. Bila masa nama kiter ni jadi Kiah pulak kan. Alahai. Nasib baiklah boleh padam dan change balik kepada 'kisahparipari', kalau tak mesti kawan saya tu asyik buat lawak pasal blog kiah ni ha. Hehehew.

Okies. Kiter nak makan jap. Nasi dah siap masak. Time to lunch. Bismillah.

misi mencari tikus.

Assalamualaikum.
Heei semua.
Saya cari tikus ni.
Tadi ada sahabat offer untuk belikan tikus tu.

Alhamdulillah memang saya tengah busy sekarang. Tak sempat nak cari.

Sahabat saya bertanya tentang ciri-ciri tikus yang saya cari.

Saya deskraip kan ciri-ciri tikus yang saya mahukan.

- kecil
- berwarna pink
- dan harga patut;

Alhamdulillah. Saya puji sikap sahabat saya yang bersungguh-sungguh untuk carikan.

Inilah hasilnya.






























comel kan tikus saya ni? suka saya. Terima kasih sahabat!!!



Semoga tikus ini dapat memberi manfaat kepada saya dan orang-orang yang menggunakan khidmatnya. In sya Allah.

Thursday, 1 May 2014

Selamat!

Assalamualaikum. Hai. Sempena Hari Buruh ini rasmilah saya menjadi salah seorang blogger. newbie. kikiki. Dah lama teringin nak berblog ni tapi atas faktor-faktor tertentu jadi saya tangguh dulu. Orang cakap tak baik tangguh-tangguhkan kerja. Jadi hari ni Fairy selaku pemilik dan penama blog ini taknak lagi dah extend sign up blog, yeayyy dah ada blog sendiri.

Terima kasih sudi luang masa baca blog Fairy ini. :')